About Me

Bismillahirahmanirahim... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.......

Jom dikenali siapa aku....hahaha...


Hartira ialah namaku. Dalam keluarga aku ada 3 "Har" termasuk la aku.... Har har har... Aku ialah seorang perempuan yang berkaca mata, berbadan besar, pendek, dan comot.... Panggilan manja di rumah ialah "Adik" dan "Ciksu"manakala kawan-kawan pula panggil aku "Tira", "Tyra", "T-rex" dan "Kak Tira" bagi yang umur bawah dari aku.... Aku dilahirkan pada 11 Mei 1989... Aku seorang yang manja dan garang... gituhh...hahaha...

Beralih pula cerita tentang family aku... Nak cerita dari ayah sampai la adik beradik aku... boleh kan??? Korang mesti nak taw jugak kan? ke tak nak taw?? ahhh lantak la... suka hati la nie kan blog aku...hikhik... Nak cerita sejarah family aku.....

Nama ayah aku ialah Abdul Mukti. Dia seorang ayah yang garang, kelakar dan pendiam...Ayah aku kelahiran negeri sembilan... Ayah dilahirkan pada 25 April 1948...Ayah aku telah meninggalkan aku dan keluarga semasa aku tingkatan 1 lagi (Seminggu selepas masuk tingkatan 1) pada 13 Januari 2002... Ayah aku meninggal dunia disebabkan penyakit Nasopharyngeal Carcinoma a.k.a Barah Hidung... Aku dan ayah tersangat la rapat... adik beradik aku telah dikategorikan aku sebagai "Anak Kesayangan Ayah"(sebab diorang jeles...hhahaha).. mane tak nye, mintak ape- ape mesti dapat...hikhik contoh "Ayah, adik nak sate" dan sepantas kilat ayah aku akan suruh kakak aku pergi belikan... nampak tak? nampak tak?pastu setiap kali ayah aku nak tido mesti kene peluk aku even tido masa tengah hari "Adik, meh sini kat ayah, ayah nak tido nie" aku pon pergi la menuju ke arah ayah aku dan peluk... Bila ayah da tido, aku pon menyelinap la keluar dari dakapan ayah sebab ayah peluk kuat-kuat sampai tak selesa nak bernafas...hikhik... sori ayah... Adik doakan kesejahteraan ayah disana... Al- Fatihah...

Ok beralih pada emak lak... Nama Mak ialah Hamidah... Mak seorang yang garang, kelakar, dan anti sosial (pemalu)...hikhik.. Mak mempunyai masalah pendengaran... so kalo nak cakap dengan mak kene ade cara dia iaitu cakap dengan kuat or bukak mulut beso-beso untuk mak nampak pergerakan bibir...hikhik... pada kawan yang mengenali aku, selalu nampak aku call mak aku terjerit-jerit kan??? jangan ingat aku kurang ajo ye... kami memang berkomunikasi begitu....harap maklum...  Mak dilahirkan di Johor pada 3 Julai 1948.... JDT nie...hahha...ttbe...

Aku mempunyai 6 orang adik beradik... Aku adalah anak bongsu.. Aku ader 4 orang kakak dan seorang abang...(ramai kan kakak aku???)... Ok nak cerite pasal adik beradik aku...

Kakak aku yang pertama bernama "Haryati" (ini "Har" yang pertama), Dia dilahirkan pada 30 Oktober 1972... so kira la sendiri berape umur dia ok....hikhik... Kami adik beradik panggil dia "Aong". Sejarah dapat panggilan aong nie dari kakak aku yang kedua...actually nak panggil "along" tapi masa tu dia pelat so huruf "L" ilang... so sampai sekarang kami panggil dia aong je dari kakak aku yang kedua sampai la aku panggil dia aong ...hahahahahah... Aong aku sudah kawin dengan abang "Roslan" dan mempunyai seorang anak lelaki yang bernama "Muhammad Thaqif"...

Kakak aku yang kedua pulak bernama "Hartini" ("Har" yang kedua). Dia dilahirkan pada 7 Januari 1978... panggilan dia dirumah "Tini" tak de kak or angah whatever (macam kurang di ajar kan??? hahaha)... ini disebabkan abang aku yang panggil gitu... so semua panggil dia tini.. Tini da kawin dengan "Fadzlee"... kadang-kadang aku panggil abang falee or falee je...hikhik... Tini ada 4 orang anak setakat nie... "Fatin Nur Batrisyia", "Ahmad Raees Zharfan" , "Ahmad Raeed Zharrif" dan "Fatin Nur Raisha"....
 
The only one brother that i had in my sibling... Eh! ttbe speaking pulak... hahaha... Nama abang "Mohd Hanif" Dia dilahirkan pada 5 November 1979....panggilan dia dirumah "aboy" (of course la kan sbb satu-satunya anak lelaki kata) dan "abang" tuk aku dan kakak aku yg keempat... Aku dengan abang sangat la rapat... kalo nyanyi mesti nak berduet same.... tapi abang pergi meninggalkan aku selepas 2 tahun ayah tinggalkan kami... there's no man in my family... huhuhu... Abang meninggal dunia pada 7 Ogos 2004... sebab kematian abang ialah Sepsis a.k.a Demam Denggi Berdarah kot.... Abang cuma demam selama seminggu dan terus meninggalkan kami... Kami tak menyangka yang pemergian abang sangat cepat.. abang meninggal semasa dia berumur 25 tahun... muda lagi kan?? huhuhu... Mari lah kita sedekah kan Al-Fatihah kepadanya...

Kakak aku yang ketiga... ha nama dia sangat unik ok "Muhamizah" unik tak? unik kan? dia sangat bertuah dapat nama dari hasil gabungan nama ayah, mak, atuk dan nenek.... Mu=mukti, Hami= hamidah(mak), hamid(atuk), dan Zah=zahrah (nenek)... so jadi la nama MUHAMIZAH.....kreatif kan ayah dan mak aku...orang dolu-dolu pon pandai main gabung-gabung nama taw...hahahaha... ok sambung balik cerite pasal kakak aku nie... dia dilahirkan pada 10 Mac 1982... panggilan dirumah "miza" dan "kak miza"(yang nie boleh lak aku panggil kak hikhik)... Dia pon da kawin dengan abang "Ipin" dan mempunyai anak seramai 4 orang anak juga... "Afrina Damia" , "Arissa Irdina" , "Ariq Nukman" dan yang terakhir tak taw lagi ape nama dia sbb tak kuar lagi... otw...hikhik

Ok yang terakhir kakak aku,... nama dia lain dari yang lain...the only one yang ade nama "Nur" and full name dia ialah "Nur Baizura"....hikhik... ttbe kan nama lain... atleast yang lain ade la yang same... Ok dia dilahirkan pada 21 Jun 1984... dan dia pon da kawin dengan abang "Atrash" dan mempunyai 3 orang anak iaitu "Haris Wafri" , "Adam Hawari" dan yang terakhir tak taw lagi nama sbb x kuar lagi jugak....hikhik...

Aku merupakan graduan UNISEL dalam bidang Teknologi Mudahalih dan juga graduan UKM dalam bidang Komputeran Industri... course yang diambil sume mengenai IT... main belasah je amik course nie sbb x minat nak sambung dalam bidang pengajian pakaian (dulu masa SPM amik course pengajian pakaian...sekolah pon teknik ERT kan?? ).... jauh tak lari nye??? hikhik...

Wujudnya blog nie sebab terpengaruh dengan kawan-kawan yang jugak ade blog...actually tak pandai pon nak bercerite kat orang...hikhik... maafkan aku kalo ada ayat tak berape nak elok ye.... blog nie tuk suke-suke je... kalo ade cerita best akan di cerite kelak...hikhik... kira nie boleh masuk dalam hobi la...hhahaha... ok la rase panjang sangat lak cerite pasal diri sendiri dan family...hikhik... ok bye-bye...


Nie la my big family...




No comments:

Post a Comment