Wednesday, May 13, 2009

~ape yg anda perlu fikirkan sebelum bercinta~

> Sebelum
> bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda
> :
>
> 1.
> Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?
>
> Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam
> percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu
> bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang
> tidak nampak jalannya habis hancur masa depan
> hidupnya.
>
> Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia
> terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya
> sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu
> membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju
> hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya
> sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada
> Illahi.
>
> 2.
> Apa matlamat Anda bercinta?
>
> * Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati
> orang lain?
> * Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
> * Untuk mencari pengganti pasangan yang telah
> pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari
> nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda
> yang telah diberikan harapan?
> * Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa
> hadapan?
> * Untuk mendirikan
> rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari
> ALLah?
>
> Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan
> berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di
> sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya.
> Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka.
> 'Pijak semut tidak mati'. Segalanya berjalan dengan
> penuh optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri
> sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan
> berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.
>
> Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap
> kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk
> dan baiknya pasangan anda. Mungkin
> ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya
> berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan
> sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus
> cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa,
> rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus
> asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan
> fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.
>
> Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang
> akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas
> pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik',
> 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat
> yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa
> atau redha selamanya.
>
> 3.
> Mengapa Anda Bercinta?
>
> * Kerana ALLah?
> * Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya
> tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini
> tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit
> barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan
> 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup
> berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim
> kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?
> * Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?
> * Kerana empunya diri itu sendiri?
> * Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan
> akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina.
> Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi
> disolek dengan nama Agama.
>
> Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat
> perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga
> dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.
>
> 4.
> Apa Modal Untuk Bercinta?
>
> * Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari
> menulis sms?
>
> Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda
> meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah
> memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan
> berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta
> monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan
> hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA
> NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan
> diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai
> bila-bila.
>
> Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan
> pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur.
> Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan
> sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya.
> Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal
> untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati
> dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan
> sebagainya.
>
> 5.
> Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?
>
> * Seminggu?
> * Sebulan?
> * Tiga, empat tahun?
> * Sehingga habis belajar?
> * Cinta hingga ke akhirat?
>
> Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin
> mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila
> perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya
> mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan
> dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum
> kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda
> berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir -
> orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda
> sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli.
> Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis
> catatan..
>
> 6.
> Kos Cinta
>
> * Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia
> - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil
> internet,
> * Masa yang anda korbankan untuk sidia
> * Hati dan perasaan
>
> Sikap
> Matang Dalam Mencari Cinta
>
> Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta
> sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya
> amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang
> menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan
> juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal
> sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti
> cinta yang sebenarnya?). Anda rosak kerana cinta? - ia
> adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta
> yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana
> RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta.
>
> Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai
> hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat
> anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku
> serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak
> melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.
>
> Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan
> kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain?
> Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang.
> Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun
> hamba ALlah yang derhaka?
>
>
> *sumber:
> Ustaz Mohd Zul Roslan (Utusan Malaysia)



No comments:

Post a Comment